![]() | |
| Saya Seorang Ibu |
Saya merupakan seorang ibu kepada dua anak kecil yang berusia 1tahun 2bulan dan bayi berumur 10bulan. Selepas bersalin, berat badan saya naik mendadak dan tidak mudah untuk saya turunkan berat badan saya. Kadang-kadang hati sangat sedih setiap kali memakai pakaian bersaiz besar. Baju-baju lama semua bersaiz "S". Jadi memang tiada baju saya sendiri yang saya muat sehinggakan saya memakai T-shirt husband.
Ibu-ibu yang tiada masalah turunkan berat badan memang sangat bertuah. Ada beberapa rakan saya sangat mudah untuk kembali kepada badan asal selepas bersalin. Tidak dinafikan rakan-rakan saya tersebut memang bersaiz kecil. Semasa mengandung pun comel saja. Lengan tangan tidak membesar, paha tidak membesar, pipi pun tidak membulat. Yang membesar hanya perut. Comel jer.
Saya tidaklah bertuah seperti rakan-rakan saya tersebut. Dari berat 53kg naik sehingga 81kg. Dapat tak bayangkan, segala-galanya membesar bagai juara. Anak pertama dan yang kedua sama juga hebat kenaikan berat badan. Selepas bersalin pula, alahai susahnya nak turunkan berat badan. 1kilo saja pun bagaikan menanti bulan jatuh ke riba. Sedih sangat. Mahu keluar bersenam, entah di mana masa yang saya dapat curi untuk keluar bersenam. Ibu-ibu faham kan. Masa kita sangat lah untuk suami dan anak-anak. Sendiri semakin stress dan muka semakin kusam keletihan.
Syukur saya sudah berjaya keluar dari masalah saya. Tanpa senaman khusus. Saya alami perubahan saya sendiri dan menjadi pakar dalam membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah seperti saya.
Kepakaran saya adalah membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan, mudah letih dan memiliki kulit muka yang kusam untuk tampil lebih bertenaga, mempunyai berat badan yang ideal dan kulit muka yang ceria.
| Beban Tugas Ibu |
Masalahnya ialah ramai ibu-ibu yang kurang mengambil berat hal penjagaan
diri sendiri kerana sibuk menjaga keperluan anak-anak dan suami. Keadaan ini
menyebabkan ibu-ibu tidak mempunyai masa untuk bersenam dan menjaga bentuk
badan.
Ibu-ibu yang mempunyai saiz badan yg besar mengalami masalah susah mencari pakaian yang cantik dan terpaksa membazir banyak duit untuk membeli pakaian baru kerana pakaian lama dah tak muat. Akibat keletihan dan kelesuan pula, kulit menjadi kusam dan kelihatan tidak bermaya dan layu.
Saya berpengalaman membantu ramai ibu-ibu untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam hingga ke luar dengan cara mudah tanpa melibatkan kos yang tinggi dan tanpa rawatan pembedahan kerana perkhidmatan yang saya tawarkan adalah bersifat semulajadi dan boleh diamalkan oleh sesiapa saja.
| Ibu Yakin Ibu Yang Hebat |
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga,
berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat
nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers
"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"








0 comments:
Post a Comment