| Tiru macam saya. |
1. Makan perlahan-lahan.
Baby selalu makan dengan perlahan. Take time pula tu nak habiskan makanannya. Hehe..sepatutnya begitu lah cara makan yang betul. Makan perlahan-lahan akan membuatkan kita rasa lebih kenyang atau cepat kenyang pada kuantiti makanan yang kecil. Tidak lah kita TERmakan dengan banyak.
| Baby makan makanan lembut |
Di usia awal, kita memberikan baby makan makanan yang lembut. Ini adalah untuk memudahkan penghadaman baby. So perlu kah kita makan makanan lembut juga ??? No no no..dalam hal ini, kita kena pastikan kita kunyah betul-betul makanan kita sebelum telan. Lagi kerap makanan dikunyah lagi senang badan hendak hadam. Ini juga boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih cepat.
| Salah satu cara baby menunjukkan bahawa dia sudah kenyang |
Perasan tak, bila baby kenyang dia akan mengeluarkan sendiri makanan dalam mulutnya. Kadang-kadang, baby akan memalingkan muka untuk memberi isyarat bahawa dia sudah kenyang. Kita sepatutnya juga harus tahu bila hendak berhenti bila rasanya hampir kenyang. Jangan lah asyik duduk teruskan makan walaupun sudah kenyang.
| Baby tries new food |
4. Suka mencuba makanan baru.
Baby sebenarnya suka mencuba makanan baru. Apa yang dia nampak kita makan, dia pun teringin makan. Mula lah nampak tangan dia terangkat-angkat seperti hendak meminta makanan yang ada di tangan kita. Kita sebenarnya perlu kerap mencuba makanan baru agar tidak TERKEJUT dengan makan baru yang sedap. Bila terkejut, haaa kita mula lah gelojoh hendak makan makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak.
| Pelbagai warna dalam makanan baby |
Makanan baby selalunya banyak warna. Ini adalah perlu untuk memberikan makanan yang seimbang kepada baby. Kita pun sepatutnya begitu. Dalam pemakanan kita seharusnya seimbang agar tidak membawa ke arah kegemukkan. Makanan yang seimbang juga memberikan kita tubuh badan yang sihat.
| Happynyer baby.. |
Nampak tak, setiap kali masa baby makan, muka baby ceria saja, kadang-kadang bermain-main lagi dengan makanan. Tidak kisah pun jika dia telah membuatkan makanan berterabur di lantai..hahaha..Seharusnya kita juga begitu. Masa makan, elakkan diri daripada memikirkan benda-benda yang boleh membuatkan kita stress. Makan dalam keadaan stress boleh menganggu pemakanan kita. Kita tidak dapat mengunyah dengan betul dan kekadang makan dalam jumlah yang banyak tanpa kita sedari..kan sedang stress, menghayal tentang perkara-perkara yang membebankan..berapa banyak makanan masuk dalam mulut pun jadi tidak sedar..hehehe
Sekiranya tips ini boleh membantu anda, jangan lupa share yer..thank you.. :-)
Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk
tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting
sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga,
berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat
nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers
"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"







0 comments:
Post a Comment