This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, 21 March 2015

Berita gembira bagi mereka yang ingin turunkan berat badan tapi SANGAT MALAS BERGERAK !!!

Hasil carian imej untuk berita gembira bagi orang gemuk
berita gembira untuk kita semua
Berita gembira bagi mereka yang ingin turunkan berat badan tapi SANGAT MALAS BERGERAK !!! Berikut merupakan resepi minuman yang paling ringkas untuk orang yang malas. Jangan risau. Masih ada sinar harapan untuk anda menjadi KURUS.

Resepi minuman ini membakar banyak kalori dalam tanpa anda berbuat apa-apa. Ianya juga meningkatkan metabolisme tubuh badan anda seperti yang diperlukan untuk menjadi kurus.

Hasil carian imej untuk minuman kayu manis dan madu asli
kayu manis dan madu
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 sudu teh madu asli
1 sudu teh / bahagian kecil kayu manis yang dipatahkan
1 cawan / 237ml air panas

Cara-cara penyediaan :
1. Letakkan kayu manis di dalam satu bekas.
2. Masukkan 1 cawan air panas ke dalam bekas kayu manis.
3. Tutup bekas tersebut sehingga air tersebut menjadi suam-suam kuku.
4. Masukkan 2 sudu madu asli. (Jangan letak madu asli ketika air mendidih atau panas kerana ini akan menghapuskan nutrisi dan enzim madu asli tersebut).
5. Minum setengah cawan sebelum tidur. Dan setengah cawan lagi disimpan di dalam peti sejuk untuk diminum sebaik saja bangun pagi. Jangan panaskan minuman tersebut.

Tidak disarankan untuk menambah apa-apa perisa lain. Resepi ini sangat berkesan jika diminum ketika perut kosong. Selamat mencuba.


Sumber : Health Digezt

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"

Friday, 20 March 2015

8 punca perut anda boroi yang perlu anda ketahui

Hasil carian imej untuk fat belly pictures
perut boroi
Perut yang boroi bukanlah satu pemandangan yang indah. Malah menjejaskan lagi penampilan kita. Ketahui 8 punca perut anda boroi di bawah.

Hasil carian imej untuk obesiti family
keluarga obesiti
1. Keturunan atau faktor genetik
Kajian menunjukkan jika sepasang ibu bapa mengalami obesiti, kemungkinan besar anak kepada pasangan tersebut akan mewarisi obesiti tersebut. Salah satu penyebabnya ialah si anak sudah menjalani cara hidup atau pemakanan orang obesiti sejak dari awal usia lagi.

Hasil carian imej untuk hormones changes
perubahan hormon
2. Perubahan hormon
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan perut anda semakin membesar. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan kegemukan yang tidak terkawal. Sesetengah ibu yang mengambil pelan atau pil perancang keluarga biasanya mengalami perubahan hormon yang mendadak dan turut menghadapi masalah kenaikan berat badan.

Hasil carian imej untuk stress
stress
3. Stress atau Hypertensi
Stress penyebab gemuk. Stress boleh melambatkan metabolisme badan. Stress juga boleh menyebabkan tubuh badan mengeluarkan hormon kortisol pada kadar yang tinggi. Kesan akibat berlebihan hormon kortisol boleh menyebabkan lemak di kawasan perut berlambak dan sukar untuk dikikis.

Hasil carian imej untuk fat alcoholic man
pengambilan alkohol secara berlebihan
4. Alkohol
Minuman alkohol mengandungi kalori dan gula yang sangat tinggi. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan membuatkan otot perut anda cepat kendur dang mengundang perut buncit. Alkohol juga boleh mengganggu keseimbangan nutrisi dalam badan serta hormon yang diperlukan untuk mencairkan lemak dalam perut.

Hasil carian imej untuk fat man late night snacks
makan tengah malam
5. Makan tengah malam
Menurut kajian, kita dinasihatkan untuk makan 3 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana badan kita memrlukan masa untuk menukarkan makanan kita menjadi tenaga. Sekiranya kita makan sebelum tidur, badan kita dalam keadaan rehat. Tenaga yang terhasil dari makanan tidak dapat digunakan oleh tubuh akan disimpan menjadi lemak.

Hasil carian imej untuk sedentary lifestyle
cara hidup tidak aktif atau sihat
6. Cara hidup yang tidak aktif
Tidak bersenam adalah salah satu cara hidup yang tidak aktif. Ditambahkan lagi dengan sifat yang tidak rajin seperti duduk atau baring di atas sofa dan menonton TV sepanjang hari juga menyumbang kepada terjadinya perut boroi. Antara lainnya ialah tidak banyak melakukan pergerakkan pada setiap hari. Ini adalah seperti menaiki lif, escalator, menggunakan alat kawalan jauh untuk on kipas, Tv dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk diseases cause fat
penyakit menyebabkan ,perut boroi
7. Penyakit
Sekiranya anda seorang yang mengalami masalah obesiti, maka perut boroi anda sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi, malah akan mendahului anda ketika anda berjalan. Obesiti merupakan satu penyakit serius yang anda harus berwaspada. Anda perlu lah mengambil langkah mengatasi masalah obesiti ini sebelum ianya lebih memudaratkan diri anda.

Hasil carian imej untuk bad posture fat
postur badan yang lemah
8. Postur badan yang lemah
Bentuk badan yang bongkok atau postur badan yang lemah boleh membuatkan perut anda membulat. Otot belakang kita dan otot di bahagian perut kita adalah saling berhubung. Sekiranya postur badan kita tegak, otot di bahagian perut juga akan tertarik ke belakang dan seterusnya dapat menegangkan otot di bahagian perut kita. Dengan berdiri tegak sahaja, anda boleh kelihatan lebih kurus.

Kini anda sudah tahu 8 punca perut anda boroi yang perlu anda ketahui.

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"

Wednesday, 18 March 2015

Tiru gaya makan baby, anda pasti kurus.

Hasil carian imej untuk baby eating
Tiru macam saya.
Anda ingin kurus ?? Seriously ?? Salah satu cara yang mungkin anda tidak pernah ambil pusing ialah tiru gaya makan baby. Ingin tahu bagaimana, sila baca sehingga habis.

1. Makan perlahan-lahan.
Baby selalu makan dengan perlahan. Take time pula tu nak habiskan makanannya. Hehe..sepatutnya begitu lah cara makan yang betul. Makan perlahan-lahan akan membuatkan kita rasa lebih kenyang atau cepat kenyang pada kuantiti makanan yang kecil. Tidak lah kita TERmakan dengan banyak.

Hasil carian imej untuk baby eating
Baby makan makanan lembut
2. Makan makanan lembut.
Di usia awal, kita memberikan baby makan makanan yang lembut. Ini adalah untuk memudahkan penghadaman baby. So perlu kah kita makan makanan lembut juga ??? No no no..dalam hal ini, kita kena pastikan kita kunyah betul-betul makanan kita sebelum telan. Lagi kerap makanan dikunyah lagi senang badan hendak hadam. Ini juga boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih cepat.

Hasil carian imej untuk baby plays with food
Salah satu cara baby menunjukkan bahawa dia sudah kenyang
3. Tahu bila hendak berhenti.
Perasan tak, bila baby kenyang dia akan mengeluarkan sendiri makanan dalam mulutnya. Kadang-kadang, baby akan memalingkan muka untuk memberi isyarat bahawa dia sudah kenyang. Kita sepatutnya juga harus tahu bila hendak berhenti bila rasanya hampir kenyang. Jangan lah asyik duduk teruskan makan walaupun sudah kenyang.

Hasil carian imej untuk baby loves food
Baby tries new food

4. Suka mencuba makanan baru.
Baby sebenarnya suka mencuba makanan baru. Apa yang dia nampak kita makan, dia pun teringin makan. Mula lah nampak tangan dia terangkat-angkat seperti hendak meminta makanan yang ada di tangan kita. Kita sebenarnya perlu kerap mencuba makanan baru agar tidak TERKEJUT dengan makan baru yang sedap. Bila terkejut, haaa kita mula lah gelojoh hendak makan makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Hasil carian imej untuk baby tries new food
Pelbagai warna dalam makanan baby
5. Makanan yang warna-warni
Makanan baby selalunya banyak warna. Ini adalah perlu untuk memberikan makanan yang seimbang kepada baby. Kita pun sepatutnya begitu. Dalam pemakanan kita seharusnya seimbang agar tidak membawa ke arah kegemukkan. Makanan yang seimbang juga memberikan kita tubuh badan yang sihat.

Hasil carian imej untuk baby eating happy
Happynyer baby..
6. Jangan stress di hadapan makanan.
Nampak tak, setiap kali masa baby makan, muka baby ceria saja, kadang-kadang bermain-main lagi dengan makanan. Tidak kisah pun jika dia telah membuatkan makanan berterabur di lantai..hahaha..Seharusnya kita juga begitu. Masa makan, elakkan diri daripada memikirkan benda-benda yang boleh membuatkan kita stress. Makan dalam keadaan stress boleh menganggu pemakanan kita. Kita tidak dapat mengunyah dengan betul dan kekadang makan dalam jumlah yang banyak tanpa kita sedari..kan sedang stress, menghayal tentang perkara-perkara yang membebankan..berapa banyak makanan masuk dalam mulut pun jadi tidak sedar..hehehe

Sekiranya tips ini boleh membantu anda, jangan lupa share yer..thank you.. :-)

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"

Tuesday, 17 March 2015

Cara mudah membuat ais yang bersih dan selamat.

Cara mudah membuat ais yang bersih dan selamat

Sekarang ini cuaca sangat PANAS. Sehingga menggigit kulit-kulit kita. Haus pun bukan main lagi. Terasa seperti ingin minum air yang paling sejuk di dunia..hahahaha..tapi bersih kah ais yang dijual dalam plastik tu?

Haaa..lepas ni boleh lah buat ice lemon tea, ice milo dan sebagainya di rumah tanpa perlu ke kedai untuk membeli ais. Sangat mudah kan. Bersih dan selamat lagi..kan.

Sekiranya anda suka tips ini, jangan lupa share yer kawan-kawan. Ramai-ramai kita buat ais sendiri di rumah.

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"


Bahaya Obesiti

Hasil carian imej untuk obesiti danger
Bahaya Obesiti
Anda perlu tahu bahawa obesiti ini amat berbahaya. Kesan yang negatif ini akan memberi impak langsung terhadap mereka yang mengalami OBESITI. Kesan-kesan berbahaya obesiti adalah seperti berikut :

1) Masalah pernafasan adalah agak biasa di kalangan penghidap obesiti.
2) Seseorang yang menjadi lesu.
3) Terpaksa membuat orang lain menunggu ketika berjalan kaki
4) Pembesaran jantung.
5) Kegagalan jantung congestive.
6) Toleransi senaman lebih rendah.
7) Meningkatkan risiko penyakit-penyakit tertentu: obesiti adalah juga dikaitkan dengan penyakit degeneratif kronik tertentu seperti penyakit koronari, tekanan darah tinggi, kencing manis
8) Radang sendi kerana tambahan beban pada sendi kerana berat badan berlebihan.
9) Serangan jantung.
10) Tekanan darah tinggi.
11) Congestive jantung
12)  Kencing manis.
13) Ortopedik masalah.
14) Tekanan emosi
15) Menjadi malas
16) Kurang keyakinan diri
17) Serangan stroke
18) Hormon yang tidak seimbang
19) Sukar untuk mengandung (bagi wanita)
20) Menjadi semakin kerap mengambil kudap-kudapan.

Sekiranya anda di tahap obesiti, anda harus sentiasa alert dengan kesan berbahaya obesiti di atas.

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...