Friday, 20 March 2015

8 punca perut anda boroi yang perlu anda ketahui

Hasil carian imej untuk fat belly pictures
perut boroi
Perut yang boroi bukanlah satu pemandangan yang indah. Malah menjejaskan lagi penampilan kita. Ketahui 8 punca perut anda boroi di bawah.

Hasil carian imej untuk obesiti family
keluarga obesiti
1. Keturunan atau faktor genetik
Kajian menunjukkan jika sepasang ibu bapa mengalami obesiti, kemungkinan besar anak kepada pasangan tersebut akan mewarisi obesiti tersebut. Salah satu penyebabnya ialah si anak sudah menjalani cara hidup atau pemakanan orang obesiti sejak dari awal usia lagi.

Hasil carian imej untuk hormones changes
perubahan hormon
2. Perubahan hormon
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan perut anda semakin membesar. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan kegemukan yang tidak terkawal. Sesetengah ibu yang mengambil pelan atau pil perancang keluarga biasanya mengalami perubahan hormon yang mendadak dan turut menghadapi masalah kenaikan berat badan.

Hasil carian imej untuk stress
stress
3. Stress atau Hypertensi
Stress penyebab gemuk. Stress boleh melambatkan metabolisme badan. Stress juga boleh menyebabkan tubuh badan mengeluarkan hormon kortisol pada kadar yang tinggi. Kesan akibat berlebihan hormon kortisol boleh menyebabkan lemak di kawasan perut berlambak dan sukar untuk dikikis.

Hasil carian imej untuk fat alcoholic man
pengambilan alkohol secara berlebihan
4. Alkohol
Minuman alkohol mengandungi kalori dan gula yang sangat tinggi. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan membuatkan otot perut anda cepat kendur dang mengundang perut buncit. Alkohol juga boleh mengganggu keseimbangan nutrisi dalam badan serta hormon yang diperlukan untuk mencairkan lemak dalam perut.

Hasil carian imej untuk fat man late night snacks
makan tengah malam
5. Makan tengah malam
Menurut kajian, kita dinasihatkan untuk makan 3 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana badan kita memrlukan masa untuk menukarkan makanan kita menjadi tenaga. Sekiranya kita makan sebelum tidur, badan kita dalam keadaan rehat. Tenaga yang terhasil dari makanan tidak dapat digunakan oleh tubuh akan disimpan menjadi lemak.

Hasil carian imej untuk sedentary lifestyle
cara hidup tidak aktif atau sihat
6. Cara hidup yang tidak aktif
Tidak bersenam adalah salah satu cara hidup yang tidak aktif. Ditambahkan lagi dengan sifat yang tidak rajin seperti duduk atau baring di atas sofa dan menonton TV sepanjang hari juga menyumbang kepada terjadinya perut boroi. Antara lainnya ialah tidak banyak melakukan pergerakkan pada setiap hari. Ini adalah seperti menaiki lif, escalator, menggunakan alat kawalan jauh untuk on kipas, Tv dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk diseases cause fat
penyakit menyebabkan ,perut boroi
7. Penyakit
Sekiranya anda seorang yang mengalami masalah obesiti, maka perut boroi anda sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi, malah akan mendahului anda ketika anda berjalan. Obesiti merupakan satu penyakit serius yang anda harus berwaspada. Anda perlu lah mengambil langkah mengatasi masalah obesiti ini sebelum ianya lebih memudaratkan diri anda.

Hasil carian imej untuk bad posture fat
postur badan yang lemah
8. Postur badan yang lemah
Bentuk badan yang bongkok atau postur badan yang lemah boleh membuatkan perut anda membulat. Otot belakang kita dan otot di bahagian perut kita adalah saling berhubung. Sekiranya postur badan kita tegak, otot di bahagian perut juga akan tertarik ke belakang dan seterusnya dapat menegangkan otot di bahagian perut kita. Dengan berdiri tegak sahaja, anda boleh kelihatan lebih kurus.

Kini anda sudah tahu 8 punca perut anda boroi yang perlu anda ketahui.

Sebagai seorang ibu, kita berhak untuk tampil berkeyakinan, tampil cantik untuk suami, dan yang paling penting sekali..HARGAI DIRI KITA SEBAGAi WANITA DAN IBU.
 
Jika anda seorang ibu yang mahu kekal yakin, bertenaga, berseri-seri dan suami selalu puji, sila hubungi dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya di talian 016-8706448.
SMS/ WhatsApp : 016-8706448
Facebook : Ckaysung HG
Facebook Page : SlimMothers

"Inspiring.SlimBeauty.Mothers"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...